alhamdulillah, 1 sem dah tamat di KMP ! [23Mei - 3Nov] and now im in holiday mood . nikmat gila rasa cuti ni . sorgaaa ! heheh. hidup sebagai budak matriks memang mencabarlah bagi aku . tambah tambah matrik setahun kan. laju gileww pembelajaran dia . aku tak cukup tuff nak dok situ. tp nak wat gena kan. aku yang pilih nak pi situ. hikhik. aku selalu cakap dekat mak aku yang aku nak behenti matriks, tapi aku nak p mana ye dop ? aku takut kalau tak boleh go on. depa tuh cekang sangat dan aku tak secekang depa . oke aku memang humble org nya. miahaha. aku pun penah buat surat rayuan kat uia tp surat tu dok dalam lappy aku, tak print dan tak send pon. hangat taik kuceng ja. kawan aku yang tulis sekali dengan aku pun dah hantar surat tu dan dia diterima okay. menyesal tu adalah sikit tapi takpalah, aku nak setia dengan kmp jelah, lagipun tinggal satu sem je lagi kan *ayat memujuk dirisendiri :)
perkara yang paling merisaukan aku hidup di asrama ialah roomate . serious aku takut kalau dapat roomate yang tak sebulu . but, alhamdulillah , aku dapat roomate yang baik, best, cool, hot dan seumpanya. heheh. dulu dalam bilik aku ada 5 orang, then tinggal 4 orang and now, tinggal 3 orang je . 2 orang lagi pindah . so, bilik 303 , c1, komsas al-khindi hanya berpenghunikan 3 orang jahh . and ni lah muka-muka budak 303,c1 .
kat matriks aku pilih modul 2 sebab aku maleh lah nak stdy bio dah, bio form 4 form 5 pon sampai kela (sekarang) pun aku tak paham paham. so maleh lah nak go on kan. fizik tu aku ambik sebab takyah baca banyak . senang sikit *banyak kau punya senang, fizik lagi susah dari bio kot -,- then alhamdulillah, aku dapat modul 2 tuh . dan aku merupakan budak tutoran M2T2 (A) . first meet my tutor-mate adalah dekat kelas science komp! heheh. still remembering that moment . modul dua ni diibaratkan macam kos science fizikal lah , so, lelaki memang banyak ambik modul neh sebab ramai nak jadi engineer katanya. tp aku laen okeh,aku amik sebab nak lari dari bio yang membuat aku biol itu. heheh. tutoran aku ada 8 orang perempuan sahaja and lelaki 13 orang kot . dan semua perempuan adalah budak perelih . semua okay lah. not bad :) and ini lah muka budak tutoran aku .
rule kat matriks ni ketat. err, ketat ker . haha. tapi aku nak cakap aku tak percaya diri aku akan jadi seberani aku dimatriks. haha. kalau dulu kat sekolah nak langgar peraturan tuh memang takut lah tapi kat matriks tu aku buat selamber jek jer. time lari larian kakom pun aku "lari" heheh. time perempuan takleh balik pun aku balik rumah jugak . time ada perhimpunan kat dewan aku perhimpunan kat bilik. wakaka. opssss . peace yow! dan jangan tiru aku. insyaALLAH sem2 aku buat lagi. hikhik. orang cakap tak kena takpa, kalau kena makan tak habes kan ? oke jugak, boleh aku kurus sebab makan tak habes. haha. loyar buruk jer keje. aku joke je lahh. hikhik. insyALLAH next sem aku akan berubah :') * yekewww? grr~ tolonglah doakan bagi aku jadi diri aku yang dulu yang terlampau baik dan skema. (muntah ijoo)
elaun ? yes, bebdudak matriks memang dapat elaun. seronokk jugak rasa dapat elaun ni. satu sem rm 1250 kalau tak silap . so, duit elaun sem satu aku baki ada rm 200 lagi, pergh rm 1050 aku dah guna. tsk tsk tsk. bukan beli apa tu, makan jer . haha. memang kuat makan bena -,- dan untuk sem dua kan. hehe. aku plan nak bajet guna rm 500 sahajew, baki rm 1000 tu aku nak simpan untuk buat something. hehe. something itu apakah ? err, mana boleh bagitau, secret lah duluuu. so, memang aku kena kurangkan coklat dan makan. err boleh ke pkah oii ? haha. nak cuba try la ni derr. hikhik. harapharap boleh lah simpan seribuuu,so tambah sikit je la duit untuk beli, jeng jeng jeng. hehe.
oh ya , inilah febret aku di matriks. cupcake and perkara wajib dalam laci meja study aku apa lagi kalau bukan coklat . tsk tsk tsk. insyaALLAH sem dua laci meja stdy aku hanya ada buku bukan coklat lagi *haha. bak kata kawan akuu, meja stdy aku tu bukan macam meja study tp macam dapurr.. kurengg kan ? ;D
kau hado ? ;D
nyum nyum. cedap ngatt. hikhik
oh ya, final haritu aku no komen. heheh. maleh nak komen lebih lebih benanya. 6 disember result keluar 5 disember baru aku nak pikir pasal result. haha. usaha stdy dah buat dah. doa dan tawakal je lah. kan? harap three pointer and above. amin. sebenarnya nih yang aku maleh nak cakap sal result . cuak dow. hee. okaylah. bye :)
LOVE ; ♥ misluvcoklat ♥
No comments:
Post a Comment