kisah ni btul2 trjadi.....
takut beb....
patut la penjara tu cm mnyeramkn.......
huh!!!!!!!!!!!
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu.
Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik
dipanggil 'Bilik Terakhir'.
Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik
sejak Penjara Pudu ditutup.
Dinamakan 'BILIK TERAKHIR ' adalah kerana
dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir
bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani
hukuman gantung sampai mati
pada keesokan harinya dibilik gantung.
Di BILIK TERAKHIR inilah
pesalah dikatakan akan meratap,
menangis,
menjerit,
bercakap seorang diri
dan berbagai lagi perlakuan
kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu.
Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat
menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.
Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu
sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong,
suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.
Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat
seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu
tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.
Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung
tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.
Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai..
seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan 'Bilik Terakhir' itu.
Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi
beliau terdengar seperti
tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.
Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.
Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah
dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu
lalu lesap begitu saja.
Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.
Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua.
Mulalah ia berasa gementar,
seram serta menggigil ketakutan
namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu
sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi.
Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut
alangkah terperanjatnya ia bila didapati......
banyak harta karun dalamnya.
Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,
'Heyyyyyy manusiaaa.
Jangan awak sentuh harta itu.
Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa ' '
Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa
' Ha Ha Ha Ha Ha '
Yaaaaaaa,
Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... '
hehehehehee........
time kaseh coz dengan kusyuknya korang baca.
act, i dapat ni pun from rakan tagged =)
peace ya :P
2 comments:
wuaaa~
seram sejuk da separuh jalan
tetiba cmtuwh lak cite dya
mcm nk giget2 ja bdk yg wt cte neyh!hehe :p
hahaha XD
tawu ta pe..
kihkih :P
Post a Comment