Saturday, August 31, 2013

Langkawi (Part 1)

Assalamualaikum =)

First of all , Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan to all Malaysian =) Hopefully Malaysia terus aman damai dan seumpamanya ,Amin .Pergh, tittle aku berpart-part pulak. macam rajin sangat aku nak apdet kan. hahaha. Anyway big thanks to all my 1234 followers . I heart you . Cantik nomber tu bukan ? hikss . Alhamdulillah , plan nak pergi bercuti dengan kengkawan menjadi jugak even mula tu dah macam tak jadi dah . Dah lama plan nak p Langkawi dengan kengkawan ekceli. Seriously i tell you Langkawi is the best place untuk honeymoon and bercuti dengan kengkawan and family .



So , this is the story . Weols stay sana for 3hari 2 malam  dekat Langgura Baron Resort . Its located at Pantai Cenang . Depan dia ada mall . tambang teksi from jeti Kuah ke Pantai Cenang adalah RM 36 . Aktiviti yang weols buat kat sana ialah ISLAND HOPPING . Pukul 2.30 petang ada van datang amik weols kat hotel then pergi jeti untuk island hopping tu . island hopping tu naik boat .Seriously menakutkan jugak lah bila air pasang. hahaha. melompat lompat boat tu ,
[credit : google]

First place yang dia bawa ialah dia bawak kita tengok satu bukit yang berbentuk seperti perempuan mengandung . Dia berhenti kat tengah laut tu dalam 5-10 minit . then pergi ke Tasik Dayang Bunting. Kat sini dia berhenti 1 Jam. kita boleh bermandi manda disini . kalau xnak mandi manda pun ada je akiviti air yang disediakan macam berkayak and apatah satu lagi . aku and kengkawan ofcoz lah mandi kan. HAHA. siyez takut sebab dalam kot, . risau kot lemas ke apa ke. ahaha. nasib ada sefety jacket kann. Daki tangga nak ke Tasik tu ofkoz penat . hee~




Lepastu pergi tengok burung Helang makan pulak . apa nama ntah tempat tu. hee. berhenti dalam 15 minutes jugak lah . then last sekali pergi pulau beras basah . Kat situ weols mandi laut lagi. hee~ Island Hopping ni takes about 3-4 hour jugak lah . Rugi pulak tak bawak fon haritu so gambar time island hopping non hado lah Then, lepas diorang hantar kat hotel dalam pukul 6 dah kalau tak silap , weols pergi naik BANANA BOAT pulakk dekat Pantai Cenang tu. hahaha. okay , siyes bestttttttttttttttttttt .

[credit: google]


 sebelum naik banana boat  pakcik tu tanya nak jatuh or tak ? kawan aku cakap "Taknak jatuh" . okay then. naik dengan semangat okay . haha. Dia punya laju toksah citer la . best memang best siap terlompat-lompat lagi kan. Ada satu part  time dia nak belok tu , tetiba . hahahaha. weols terjatuh kot.. hahahaha. tengah laut okayyy . nasib ah kat TDB tu weols dah mandi and belajar nak berenang sikit2 kan. kalau tak konfem gelabah =.= Part nak naik balik ke banana boat tu yang susah giler. errr, dah la dalam kottt. haha. Sedap oww tertelan air masin. . Nak kata serik naik banana boat tu tak kot , insyaALLAH nanti pi pulak kita naik lagi. bhahaha.



 So itu adalah aktiviti hari first . Malam tu weols makan dekat area pantai cenang tu jugak. punya susah nak cari kedai yang halal and murah kat area tu.Plan waktu malam nak main itu ini kat bilik last2 semua pakat tido awal. Letih ber-island hopping mungkin. hee~ Hari kedua. Ehem. nak tergelak sat. hahaha. something 'Tak leh blah" happened. esok lah pulak aku sambung kalau rajin . hahaha. To be continue .....,.

Aku and kengkawan . Weols semua 6 orang . 
This picture diambil masa hari kedua before ke Pulau Payar untuk snorkling .
 Will update about this later. Kbai xD

2 comments:

Unknown said...

selamat hari merdek..wahh..seronoknye...

Shafiqah Rashid said...

same goes to you cik mun. hehe. holiday dgn besties memang fun =D