Thursday, June 6, 2013

27 Rejab, Israk Mikraj

Assalamualaikum =)
Sesengguhnya Saya sangat terharu dan gembira tengok rakan-rakan saya yang dapat hidayah dan berubah ke arah yang lebih baik . Saya harap awak semua istiqamah okay, semoga saya pun dapat hidayah macam tu jugak .Insya Allah , Ameen ;') Doakan saya .


Final tinggal beberapa hari lagi , semua subjek membaca . SERONOK SAHNGATTT . every page hanya TULISAN . gambar pon xdak . bahpakk ahh. hahha .nak taknak saya harus terima seadanya =') semoga saya dan rakan-rakan faham dan ingat apa yang telah kami baca dan belajar , Ameen . Doakan kami semua dipermudahkan urusan ye, Ameen :)


So, dikesempatan ini, saya menyusun 10 jari tangan dan kaki =P memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan diri ini . maaf atas semua kesalahan samada sengaja atau tidak . mohon ampunkan dan halalkan semuanya . terima kasih . =)


Malam 27 Rejab

Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain.

Amalan Malam Rejab

  1. Solat sunat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat.
  2. Solat sunat Tasbih, Taubat dan sunat witir.
  3. Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih..
  4. Berdoa.
  5. Memohon keampunan diri dan ibu bapa.
  6. Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh.
 Banyak lagi ganjaran yang Allah beri jika umat Islam beribadat sepanjang Rejab. Berpuasa sunat adalah antaranya. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari Israk-Mikraj.
Sayyidatina Aishah berkata bahawa Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: “Semua manusia dalamkelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Mereka tetap kenyang tanpa berasa lapar dan tidak pula haus.”


credit : http://aimisabri.blogspot.com/2012/06/malam-27-rejab.html


so, jom la puasa esok =) kbai . Assalamualaikum .

No comments: