Monday, July 30, 2012

Solat sunat tahajud.

Hai Assalamualaikum :)

Semoga uols sihat selalu :) Iols Alhmdulillah, bertambah tambah sihat , dagu dah jadi double triple chin dahh iols rasa . jangan sampai nak masuk pintu tak boleh sudah lah kan . kehkeh . maklumlah , duduk dengan femly , mak masak sedap sangat kann . tahun depan tak berpeluang nak posa penuh dengan femly dah. okaylah , iols just nak sharing pasal Solat Sunat Tahajud . sekurang2nya ada jugaklah bahan ilmiah yang iols post kan . just sekadar nak berkongsi di bulan mulia ni .



Dulu ustazah iols selalu cakap " kalau kamu terjaga selepas tidur pada waktu malam, bangun lah buat solat tahajud ni, bukan susah pun anak-anak" hee . dulu iols jarang sangat buat solat tahajud ni , yelah , stil blur blur lagikan. but time kat matrikulasi , alhamdulillah, iols dah start amalkan sebab iols kan selalu bangun memalam study lah kunon , padahal makan kokokrunch yang lebihh. hihi :p tu la result pun kebuluran but Alhamdulillah :') yang penting usaha tu maw ada orang kata. kehkeh.

Nabi saw. bersabda, " Solat yang paling utama selepas solat fardhu adalah solat malam (tahajud)." (HR Muslim) 

Solat Sunat Tahajud tu apa ?
Solat sunat yg dikerjakan pada waktu malam, sedikit 2 rakaatnya, dan sebanyak2 nya tidak terbatas.Waktu dikerjakan Solat sunat Tahajjud ini sesudah waktu isyak sampai terbit fajar.Tetapi dengan syarat barangsiapa yang ingin melakukannya perlulah tidur dahulu. Walaupun tidurnya itu sebentar sahaja . Bangun daripada tidur itu barulah boleh melakukannya.



Niat Solat Tahajud





Ushalli  sunnatat tahajjudi rak'a'taini Lillahi taa'la

Sahaja Aku Solat Sunat Tahajud 2 Rakaat  kerana Allah Taa'la 



Bacaan Dalam Solat Sunat Tahajud



Sumber 1:

Selepas surah Al-Fatihah , baca
rakaat 1: Ayat al-Kursi (7kali)
rakaat 2: Surah Al-ikhlas (11kali)
or
rakaat 1: Ayat Al-Kafirun
rakaat 2: Surah Al-Ikhlas 


Sumber 2:

Pada rakaat pertama baca surah Fatihah dan Surah Alkafirun atau surah2 lain yg anda tahu kerana iainya tidak ditetapkan.Dan pada rakaat kedua selepas Surah Fatihah bacalah surah Al-Ikhlas

selepas selesai solat bacalah doa yg khusus. jika kita tidak tahu kita bacalah apa2 sahaja doa yang kita tahu atau mintalah apa sahaja hajat atau permintaan dalam bahasa kita sendiri.

Sebenarnya, banyak kelebihan melakukan Solat Sunat Tahajud ni , antaranya ,
- Doa dimakbulkan Allah, InsyaAllah :)
-Mencegah dosa dan menghindari penyakit
- memperoleh ketenangan jiwa .
dan banyak lagi . uols google lah ehh or baca dalam buku agama. heheh . peace (Y)


so, sempena bulan Ramadhan yang mulia ni , boleh lah kita amalkan solat Sunat Tahajud ni kan . Time bangun sahur tu , boleh la kalau kita nak buat sebab kita kan dah tidur sebelum tu kan . ekceli iols tertanya jugak boleh ke kalau buat solat tahajud ni lepas sahur ? so the answer is , "apabila kita bangun bersahur kita boleh melakukan solat sunat tahajjud samada selepas sahur atau sebelum sahur."  



So , selamat beramal, semoga ibadah kita ni diterima olehNYA. big thanks dekat blog2 yang yang iols jadikan rujukan untuk entri ni seperti blog ini dan ini . Bye , Assalamualaikum :)

2 comments:

syazana.not.single said...

wahh,mmg informatif lah entri ni.
insyaAllah akan wa amalkan. ;)

Fatin Syafiqa Anuar said...

selamat berpuasa awak. hehe. :)